Erm tujuan blog baru ini diwujudkan adalah sebagai diari untuk pengalaman pertama dan pasal apa2 jelah yang nak ditulis. Rasa macam blog lama dah tak best kan. Hopefully ada masa rajin2 lah kiranya saya mengupdatekan blog kali nih.
Opss Double lin3? apa yang double line tuh? potong double line ke masa bawak kereta? Haha bukan begitu. Begini ceritanya, pada 29 November 2010 bersamaan hari Isnin, saya rasa sangat malas nak pergi kerja dan kebetulan pulak jalan nak keluar rumah banjir, tak boleh kereta nak lalu. Maka tidurlah si pemalas ini dan suaminya bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
Bila jam dah pukul 11 pagi malas betullah si pemalas nih nak bangun dari katil macam tak cukup-cukup cuti hari Sabtu dan Ahad hari tuh hehehe.. then si pemalas nih pun bangunlah jugak sebab perut menjerit-jerit kelaparan. Im Hungry Im Hungry... Lepas mandi apa lagi call Encik Hubby tersayang ler... nak ajak makan kononnya, waaaaaaaaaa Encik Hubby ada jamuan pulak kat opis sedihnya hatiku ini. Maka aku pun merengek nak ikut pi jalan-jalan kekeke kacau husband buat kerja.
Setelah berfikir nak jumpa Encik Husband kat opis, aku pun pegilah Restoran dekat opis My husband.. Order Nasi Goreng Ayam. Uwaa nak nangis lagi, orang kedai nih nak cili mulut aku agaknya, pedas lah sangat dia punya nasi goreng tuh. Aku pun makan tak habis. Lepas makan aku call husband kata nak jumpa, husband kata dia nak pergi Putrajaya, huh akupun merengek nak ikut. kekekek
Erm lepas balik mengacau encik husband buat kerja aku pun singgah Guardian, terfikir nak beli pencuci muka yang dah habis, teruk mukaku dihinggapi jerawat. Masa merayap-rayap dekat guardian ternampak lah pulak pregnancy test, maka aku pun ambik le saja2 nak test kononnya. hehe setelah membayar semuanya dapatlah stem stem guardian untuk anak patung kepala besar .
Sampai rumah terus masuk toilet and buat pregnancy test ekeke tak excited pun sbb pk takde apa2 saja nak membazir kan. huh setelah ujian diletakkan pada urine maka inilah hasilnya :
aku terkejut tgk double line yang jelas kelihatan.. termenung sekejap eh betul ke nih??? test nih silap kot. Dengan rasa tidak percaya dan kelam kabut aku pun pergi giant untuk beli lagi satu pregnancy test. HuHu malaulah pergi sekadar nak beli pregnancy test kan maka aku pun mengkaver dengan membeli berus gigi hehehe bagus takk bagus kan.. lepas beli terus balik rumah dan buat second test pulak. Maka hasilnya....
hUHuhu double line jugak resultnye.. ermm masa nih tak tahu nak kata happy ke takut ke? semua ada.. erk apa akan jadi nanti? HUh macam mana nak beritahu encik suami?? maka aku pun beli birthday card memandangkan birthdayen suami pada 22/12, and letak pregnancy test dalam birthday card tuh.
Encik suami balik rumah je aku suruh bukak hehe. En. suami bukak dengan muka blurr .. hehe bila dia tgk pregnancy test tuh dia tanya "Apa nih?" cian husband I kan tak pernah tgk pregnancy test huhuhu maka terpaksa lah cik isteri menerangkan.. happy betul En suami bila tahuisterinya pregnant :P
Malam tuh kami pergi klinik dan doktor sahkan aku hamil 5 minggu dah... due date will be at 4 August 2011
hUhuHu sebulann tak pose tahun depan huHuHu.